Friday, September 11, 2015

BANDUNG 4 HARI 3 MALAM

BANDUNG AGAIN!!!

8/10/2015 in sya Allah akan ke BANDUNG lagii....yeahhh this year nak masuk 2 kali dah ke BANDUNG. Memang x pernah boring ke sane. Tapi kali ni nak share schedule yg dibuat oleh SAYA sendiri!! eh tetibe terbangga pulak.. hehehehhe..

Tujuan nk ke Bandung kali ni, nak bawa family n nk buat preparation utk nxt year...ha..preparation ape ye nxt year tu??heheheheh..RAHSIA.. tapi mst ramai tau, kalau ke Bandung tu preparation apa yg selalu org akan buat... Ye dok? heheheheh..

Mama n Abah serta adik beradik yg lain beri kepercayaan kepadaku utk buat schedule ke Bandung.
 soooooo... kalau sesape nak ke Bandung, n xde idea lagi nak ke mana, boleh la copy paste schedule ni..
free je... =)

Tak saba nye nak ke BANDUNG lagiiiii..

 Sepatutnye flight balik petang..Tapi faham-faham jela AirAsia. Mesti akan ade perubahan punya. So flight balik kena tuka pagi..Pukul 11.45 am. Doakan perjalan kami semua selamat pergi n pulang ye..

Nanti saya akan update gamba-gamba kat sana pulak...Bubbye.. =)

Friday, March 7, 2014

DO AND DON'T .....

Selamat Hari Wanita Sedunia...wahhhhh!! bangge betul menjadi seorang wanita.. ada Woman Day lg.. ko hado? xde kann....ok.. actually harini nak share skit la ilmu berpantang larang waktu pengambilan SUPPLEMENTS atau VITAMINS. Sekarang ni ramai yg amek supplement n vitamins utk pencegahan penyakit, utk kecantikan, dan mcm2 lagi la... Dan aku tak terkecuali dari amek SUPPLEMENT yg terbaik iaitu SHAKLEE. Tapi walaupon supplement tu terbaik, cara pengambilan yang tidak teratur dan tidak betul mungkin kita tak akan dpt rase atau nikmati kebaikan supplement atau vitamin tersebut. Sooooo, meh bace ni cara2 pengambilan supplement yang betul dan pantang larangnye.. =)

1. PALING PENTING KITA MESTI TAHU TUJUAN KITA AMBIL SUPPLEMENT / VITAMINS.
- penting sangat. kita mesti ada ilmu tentang supplement yg kita ambil. Jangan main telan je.. BAHAYA

2. PENGAMBILAN AIR KOSONG YANG MENCUKUPI.
- ramai yang amek supplements dan vitamins tapiiiii xnak minum air masak yang secukupnye. Alasan malas asyik nak ke toilet. Tahu kah anda semua kite ke toilet tu mengeluarkan toksin2 dalam badan. So jgn la mls2 nak mnum air. Paling kurang kita kena minum air 8 gelas sehari. Ataupon 1L setiap 25kg.

Kenapa kita perlu minum air yang secukupnya? Ini adalah penting untuk penyerapan supplements dan vitamins dlm bdn. So xde la complain2 lagi lps ni supplement or vitamins tu xbagus.

3. ELAKKAN PENGAMBILAN SUPPLEMENT / VITAMIN YG TERLALU BYK SEKALI GUS.
- bila kita ambil telalu byk supplement atau vitamin pada satu masa (suggest 3 biji max) ia boleh meningkatkan kepekatan darah dlm badan kita. Ramai yg suka ambil mudah perkara mcm ni. Dah la air malas nk minum, tambah lagi dengan pengambilan yg byk dlm satu masa. Kalau boleh elakan...

Justeru itu agih2 kan la supplement n vitamin tu mengikut masa yang sesuai. Ini juga boleh menggelakkan kepekatan darah dlm bdn kita dan juga boleh membantu buah pinggan process supplement n vitamin dgn lebih baik lagi.

4. ELAKKAN PENGAMBILAN SUPPLEMENT / VITAMIN BERSAMA UBAT ATAUPON JAMU.
- haaaa..kemain nak sihat nak cantik habis semua supplement n jamu yg ade kat pasaran die nk beli. Konon nk kesan yg cepat. Sebernarnye ini SALAH!!. Bila korg campur semua jenis supplement, ubat atau jamu, ini akan menyebabkan salah satu darinya tidak berfungsi.

So utk kesan yg lebih baik, jarakkan pengambilan 1-2 jam utk kesan yg lebih mantopppp..

5. KURANGKAN PENGAMBILAN MINUMAN YANG BER KAFEIN & BERGAS DALAM MENU HARIAN.
- kenapa..kenapa..dan kenapa..ok sebernarnya minuman yg bergas dan berkafein contohnya nescafe boleh merosakkan kebaikkan supplement yg ada. So sesiapa yang mmg hardcore penggemar nescafe, tolong la kurang dan kurangkan pengambilannye.. sebab membazir je supplement yg dok makan n telan hari2 tu..sbb kebaikkan die dah xde.

6. PASTIKAN ANDA TAHU APA YANG BOLEH DAN TAK BOLEH KETIKA MENGAMBIL SUPPLEMENT / VITAMIN.
- Multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu ---> kerana ini boleh menggangu penyerapan zat besi itu sendiri.

- Vitamin E dan GLA Complex tidak boleh diambil pada hari yang sama kerana dikhuatiri badan terlebih keperluan Vitamin E harian disebabkan di dalam GLA Complex juga ada Vitamin E. Boleh selang seli hari pengambilan bagi kedua suplement ini.

- Vitamin E dan GLA Complex (terdapat Vitamin E di dalm GLA Complex) tidak boleh diambil bersama Alfalfa kerana Alfalfa boleh mengganggu penyerapan Vitamin E oleh tubuh badan manusia.

- Pesakit THALASEMIA MAJOR TIDAK BOLEH mengambil Vitalea kerana terdapat zat besi (dpt kan persetujuan dari doc terlebih dahulu)

- Untuk mommy to be, ibu2 mengandung andak di sarankan TIDAK MENGAMBIL Vitamin E, Alfalfa, GLA Complex, Vivix, Cinch Shake, Carotomax, Lecithin, Herblax, Nutriferon (kecuali atas nasihat doc). Ini adalah kerana, vitamin yang tinggi kadar antioksidan adalah tidak digalakkan sewaktu awal kehamilan kerana dikhuatiri boleh memberi risiko pada janin dan boleh menyebabkan keguguran. So nk kalau nk jugak pegi tny doc ea...jgn nk memandai2..

- Bagi ibu yg masih menyusukan anak2, make sure u all TIDAK MENGAMBIL Cinch Shake kerana kadar kalorinya yang rendah. So boleh di gantikan dengan ESP.

Ok ini antara2 yang korg perlu tahu. So kalau nk beli pape sekali pon kena tahu kenapa korg nk ambil supplement2 ni..Bukan amek sesuka hati je ye... Pastikan anda dapat nasihat dari yang pakar terlebih dahulu. Hargai badan kita, kesihatan kita. HIDUP SIHAT DAN CANTIK BERSAMA SHAKLEE =)

7 kebaikkan ESP SHAKLEE

ÝEsp Shaklee..sape yg xkenal..rasenye semua dah kenal product shaklee ni..x ketinggalan saye pon da jatuh cinta dgn shaklee ni..bukan setakat nk cntik lua..tp yg penting sihat di dalam...habis mama pon aku suruh mnum jugak..ramai yg tny pasal esp shaklee sbb mmg dah npk pon hasilnye..gune tanpe was2..hahahha..so hrini topik nk tulis pasal esp la...hehehhehe..

Untuk pengenalan, Energizing Soy Protein atau ESP sebenarnya telah mendapat pengiktirafan seantero dunia kerana proses kajian klinikal yang dijalankan berkali-kali bagi memastikan kualiti protein yang tinggi bersumberkan tumbuhan semulajadi dapat dihasilkan untuk manfaat optimum kepada bakal pengguna. Protein kacang soya adalah 2 kali ganda lebih dari daging, 12 kali lebih dari  susu dan 4 kali ganda lebih dari telur. Ia juga rendah kolestrol, rendah lemak dan mudah diserap oleh tubuh manusia.

Ramuannya terdiri daripada:

Kacang soya yang tidak diubahsuai secara genetik (non-GMO) dan diproses di bawah suhu rendah.Satu tin ESP (1kg) dihasilkan dari 30 kilogram kacang soya.Mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.

7 kebaikan dan khasiat ESP Shaklee yang utama perlu anda tahu:

1. Rahsia Awet Muda / Anti Penuaan

Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan memperkuat otot bagi memastikan kita sentiasa bertenaga. Kandungan yang terdiri daripada Asid Amino membina dan memperkuat otot tubuh, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan kelenjar. ESP juga mengandungi 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.

 2. Mempertingkat Fungsi Hormon Wanita

Khasiat berikutnya adalah untuk mempertingkat fungsi hormon wanita. Ramuan yang ini terdiri dari kacang soya. Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavon yang berfungsi sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dalam darah disamping mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.

 3. Rahsia Kulit Cantik Dan Anjal

Bagi wanita yang mementingkak kecantikan kulit. Anda disarankan untuk mengamalkan pengambilan ESP. ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan. Mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit kekal cantik dan gebu. Di samping memperkuat otot sekaligus mempercepat pemulihan luka dan menghilangkan parut.

 4. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki

Genistein yang terkandung dalam kacang soya telah dibuktikan mempunyai keupayaan bagi mencegah pertumbuhan dan menghalang sel kanser darip merebak. Ia berfungsi dengan memusnahkan radikal-radikal bebas dalam sel-sel tubuh kita sebelum radikal bebas sempat bermutasi daripada DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga melindungi dan menjaga rahim dan ovary serta kitaran haid dan prostat.

 5. Memulih Dan Memberi Tenaga Segera Untuk Individu Aktif

Salah-satu rahsia yang menjadi pilihan kebanyakan para pembeli adalah kerana ESP Shaklee terbukti berkesan dalam memulih dan member tenaga segera untuk individu yang aktif, ibu menyusu, wanita bekerjaya yang sibuk dan mereka yang mempunyai gaya hidup yang lasak. ESP membekal tenaga segera dan meningkatkan sistem imun sekaligus memulihkan kepenatan, mencegah migrain, insomnia dan gejala stress yang disebabkan kemurungan, kebimbangan, ketakutan, tekanan kerja dan sebagainya.

 6. Jawapan Kepada Masalah Pigmentasi

Ramuan utama ESP Shaklee adalah kacang soya. Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine Max dianggap salah-satu daripada 7 “super-foods” yang wujud di dunia. Hasil kajian para saintis telah membuktikan lecithin dalam soya dapat melancarkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan sel dan lain-lain. Fungsi lecithin soya ini juga melambatkan proses rambut beruban, menyelesai masalah keguguran rambut dan keadaan rambut yang kusam. Disamping mencegah masalah pigmentasi dan kulit berjeragat.

 7. Meningkatkan Keupayaan Memori

Semakin meningkat usia seseorang bermakna daya keupayaan untuk mengingat akan menurun. Keupayaan memori seseorang memang berkadar langsung dengan peningkatan usia. Pengambilan ESP Shaklee secara konsisten akan dapat mempertingkatkan keupayaan daya ingatan. Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori manusia.

Kesimpulannya, ESP Shaklee mempunyai 1,001 manfaat dan setiap individu dalam keluarga anda berpeluang untuk berkongsi dan mengambil ESP Shaklee bagi pelbagai tujuan.

Monday, November 11, 2013

Testimoni diri sendiri.. ESP + B complex + Vita C + Vita E

Wehuuuuu...harini nk share sket pasal Shaklee..ni

testimoni dari diri sendri selepas hampir 2 bulan

amek shaklee...mmg puas hati..sbb xperlu nk rse

sakit kulut mengelupas..xperlu rase sakit utk pergi
facial..facial sdri je kt uma..dgn makan shaklee

jerawat yg dulunye kemain nk rancak lagi da xnk

naik lagi da...puas hati giler......gmba ni lgsung

xedit atau gune kn camera 360..mule2 mmg xpasan
perubahan diri sdri..tp kakak kat off tego muke

da npk bersih..mmg seronok la pagi2 org da ckp

cmtu kan....heeeee..rse xsaba nk tgu mlm..nk pakai

masker esp..hehehehhe...

Sunday, October 27, 2013

SHAKLEE its SUPERB!

Seyesly shaklee memang superb..honestly 

dulu xterfikir pon nk mkn shaklee sebab mase 

tu konon2 xnk la terpengaruh dgn product2 

online ni kan..sebab dulu pena jugak amek 

VCO..bukan nk kate VCO xbgus..bagus..tapi 

cume xserasi dgn saye..so lps makan VCO 

stop..sebab byk sgt jerawat yg keluar time 

tu..so tuka supplements 

lain..BLACKMORES..that time amek vitamin 

B+C dgn vitamin E..within 6 months jugak la 

amalkan..so far xde pape pon perubahan..rse 

cm biase je..so lame2 stop jugak..lame jugak 

la stop amek supplements...ade la dlm 6-7 

bulan jugak la..so tah cmne tibe2 tergerak hati 

nk try shaklee..memang mhal..set kat gmba tu 

je harge die dlm RM400..tapiiiii tahan 

lame..boleh tahan 4 bulan ok..so far da mkn 

da nk sebulan..mmg fall in love la dgn 

SHAKLEE...especially ESP Shaklee...kne try 

sdri baru taw ape kebaikkan die..so mmg akan 

teruskan la mkn SHAKLEE...sebab die 

memang very3x superb....

Friday, October 25, 2013

KonVo dAy =)

Harini tugas aku nk kne teman jejake2 kacak

ni konvo kat UNiSEL..al maklumlaaaa da lame 

bergelar student..harini meraikan kejayaan 

mereke..congratz u olss....selame ni xtdo 

malam nk siap kan assignments xdpt kua 

dating2 n harini inilah hasilnyeeee..seyesly sgt 

bangge dgn korg....lepasni masing2 kje da..so 

lastlyy congratulations mohd kamal firdaus n 

mohd faiz...hehehehhehe.... =)